Tuesday, 4 April 2017

DD Ubud Villa Honeymoon di BALI 2015 Part One

Dah ada anak sorang baru nak update cerita honeymoon? hehe apa boleh buat, masa tu tengah busy berkerja, mana lah ada masa nak blogging. Walaupun honeymoon saya ni dah hampir dua tahun berlalu (pejam celik pejam celik je), tapi kenangan manis di sana masih segar di ingatan ini. 

Percutian saya dan suami ke Bali ni hanya 6 hari. Kami menginap di tiga tempat yang berlainan. Saya decide untuk stay di Ubud dulu untuk first two nights di Bali. Ubud ni jauh sikit dari airport compare dengan Kuta atau Seminyak. Perjalanan dari airport Denpasar ke Ubud mengambil masa sejam ke sejam setengah, bergantung dengan location hotel tu.

Sedikit info tentang Ubud, lokasi dia adalah di tanah tinggi, kalau kat Malaysia, macam kat Cameron Highland la lebih kurang. Ubud ni lebih laid back compare to Kuta,Seminyak, Kerobokan, atau Nusa Dua. Kat Ubud ni penduduk nya rata rata bercucuk tanam, mainly padi. There it goes the Tegalalang Rice Terrace, one of the main hot spot kalau dah berkunjung ke Bali. 

Kami stay di DD UBUD VILLA, sampai villa time tu pun dah malam, gelap tak nampak apa. Bila bangun pagi, Subhanallah, cantik nyaaaa oiiiii! Sumpah kagum and tak sangka villa ni sangat cantik walaupun pada mula nya saya agak skeptical masa checked in villa ni, sebab tak nampak apa apa, yang saya boleh dengar hanya bunyi deruan sungai dan krik krik cengkerik dan seangkatan dengan nya. Pagi esok nya saya bukak pintu balcony bilik, sangat terkesima tengok view, hijau.. lepas tu bawah tebing tu anak sungai! Serious tak imagine pun villa ni cantik macam ni, it was spectacular! (haa sampai speaking mat saleh terus kau) haha

DD UBUD VILLA (sampai malam terus dari airport Denpasar)

Bilik ada kelambu ni bukan sebab nak kasi efek romantik, tapi memang banyak nyamuk pun. haha. Kami tido tak pakai aircond pun, sebab malam memang sejuk sangat. Mana yang alergic dgn insects tu, saya tak recommend la sebab sini bukan ada nyamuk je, geng insects yang lain pun ada. Tapi mcm saya dan suami, kitorang memang dah expect tempat ni macam ni, so we're fine. Lagi pun villa ni memang ada provide mosquito electric repellent. Ok la kan.

Since saya dah inform pihak villa yang saya datang ke mari untuk honeymoon, therefore they all arrange kan villa kami yang paling bawah dan a bit distant dari villa yang lain. Konon nye kasi privacy, tapi jenuh jugak la nak turun ke bilik kami, sebab dia macam bukit turun ke bawah. Tapi, bila tengok kan suasana nya, hilang terus rasa penat tu.




Gambar view dari villa kami. Sungguh tenang dan mendamaikan. Atas tu cafe dia, comel je. Tapiiiii sebab utama kenapa saya pick villa ni selain dari harga dia reasonable, adalah pada keunikan kamar mandi nya. haaaaa, jom tengok!









Cantik ke tidak??? Hehe kretip kan orang Bali ni, one thing yang saya tak boleh komplen is, toilet dorang memang awesome. Bukan saja cantik, kretip, malah bersih. And paling penting, water pressure memang power! Macam dalam gamba kat atas ni, tempat shower, atas tu open air, syok nye lah mandi sambil tengok langit yang berlatar belakang kan hutan. Tapi bila malam malam nak pegi toilet tu saya kena ajak suami, toilet ni luar bilik, pas tu macam sunyi pulak bila malam, hehe. Toilet seat dia sejuk oiii malam malam! haha

Kat sini, kami di beritahu ada beberapa unit villa sahaja, hanya 7 unit je, they all baru je bukak villa ni masa tu. So masa saya nak book villa ni saya tawakal je, sebab carik review memang takde time tu. Harap review kat agoda dgn trip advisor je. Alhamdulillah dua malam kat sini memang tidak mengecewakan.

Tips jimat, saya akan carik hotel/villa yang provide breakfast sekali. Tambah pulak kat Bali ni bukan senang nak carik kedai makan yang halal. Jadi, sebelum booking, tanya dulu pada pihak hotel, halal ke tak. Macam villa ni, dorang kata dorang memang takde serve pork. So tak payah pening pening nak fikir cari makan. 

Ok ni gambar breakfast saya untuk hari pertama di villa. View hutan, di iringi bunyi deruan sungai. syahdu nye lahai...



Saya order nasi goreng dengan telur mata, bersama jus betik dan secawan kopi. They all masak ikut apa kita order, takde buffet.

Tips jimat lagi, sometimes hotel atau villa di Bali ni ada provide free tour dan free airport transfer. So kena rajin check dan tengok. Macam saya dan suami, we both memang takmau pakai tour guide, kitorang nak honeymoon free and easy but at the same time explore Bali sehabis baik. Untuk villa ni, saya dapat free airport transfer, supir villa ni datang amik jemput kami masa touch down Denpasar and dapat pakej free tour ke Tegalalang, Kintamani, Kopi Luwak, Tanah Lot and Uluwatu. Dah jimat banyak kat situ, saya tak payah nak sewa supir atau hire tour guide lagi dah. Saya booked villa ni through Agoda.





view di DD UBUD VILLA, swimming pool peberet port mat saleh hehe

Sejuk je kan tengok? Saya pasti villa yang lain di Ubud ni mesti best best jugak. Tapi yang paling top kat Ubud, yang Hanging Gardens of Bali tu. Boleh try search and tengok price dia satu malam berapa ye, hehehe. 

Bawah ni gambar di front desk villa, cukup authentic bali ke tidakkk?




Ok ni gambar breakfast untuk hari kedua, before saya check out. Saya akan continue lagi review tentang Bali dalam part two dan seterus nya. 




view dan ambience dia tu sangat priceless! walau punnnnn, makan lempeng pisang sajorkkk! jus betik tuuu, dah tersuka pulak, order lagi hari kedua, hehe.

For more info boleh try google or pegi je kat website villa ni.






No comments:

Post a Comment