Tuesday, 4 April 2017

DD Ubud Villa Honeymoon di BALI 2015 Part One

Dah ada anak sorang baru nak update cerita honeymoon? hehe apa boleh buat, masa tu tengah busy berkerja, mana lah ada masa nak blogging. Walaupun honeymoon saya ni dah hampir dua tahun berlalu (pejam celik pejam celik je), tapi kenangan manis di sana masih segar di ingatan ini. 

Percutian saya dan suami ke Bali ni hanya 6 hari. Kami menginap di tiga tempat yang berlainan. Saya decide untuk stay di Ubud dulu untuk first two nights di Bali. Ubud ni jauh sikit dari airport compare dengan Kuta atau Seminyak. Perjalanan dari airport Denpasar ke Ubud mengambil masa sejam ke sejam setengah, bergantung dengan location hotel tu.

Sedikit info tentang Ubud, lokasi dia adalah di tanah tinggi, kalau kat Malaysia, macam kat Cameron Highland la lebih kurang. Ubud ni lebih laid back compare to Kuta,Seminyak, Kerobokan, atau Nusa Dua. Kat Ubud ni penduduk nya rata rata bercucuk tanam, mainly padi. There it goes the Tegalalang Rice Terrace, one of the main hot spot kalau dah berkunjung ke Bali. 

Kami stay di DD UBUD VILLA, sampai villa time tu pun dah malam, gelap tak nampak apa. Bila bangun pagi, Subhanallah, cantik nyaaaa oiiiii! Sumpah kagum and tak sangka villa ni sangat cantik walaupun pada mula nya saya agak skeptical masa checked in villa ni, sebab tak nampak apa apa, yang saya boleh dengar hanya bunyi deruan sungai dan krik krik cengkerik dan seangkatan dengan nya. Pagi esok nya saya bukak pintu balcony bilik, sangat terkesima tengok view, hijau.. lepas tu bawah tebing tu anak sungai! Serious tak imagine pun villa ni cantik macam ni, it was spectacular! (haa sampai speaking mat saleh terus kau) haha

DD UBUD VILLA (sampai malam terus dari airport Denpasar)

Bilik ada kelambu ni bukan sebab nak kasi efek romantik, tapi memang banyak nyamuk pun. haha. Kami tido tak pakai aircond pun, sebab malam memang sejuk sangat. Mana yang alergic dgn insects tu, saya tak recommend la sebab sini bukan ada nyamuk je, geng insects yang lain pun ada. Tapi mcm saya dan suami, kitorang memang dah expect tempat ni macam ni, so we're fine. Lagi pun villa ni memang ada provide mosquito electric repellent. Ok la kan.

Since saya dah inform pihak villa yang saya datang ke mari untuk honeymoon, therefore they all arrange kan villa kami yang paling bawah dan a bit distant dari villa yang lain. Konon nye kasi privacy, tapi jenuh jugak la nak turun ke bilik kami, sebab dia macam bukit turun ke bawah. Tapi, bila tengok kan suasana nya, hilang terus rasa penat tu.




Gambar view dari villa kami. Sungguh tenang dan mendamaikan. Atas tu cafe dia, comel je. Tapiiiii sebab utama kenapa saya pick villa ni selain dari harga dia reasonable, adalah pada keunikan kamar mandi nya. haaaaa, jom tengok!









Cantik ke tidak??? Hehe kretip kan orang Bali ni, one thing yang saya tak boleh komplen is, toilet dorang memang awesome. Bukan saja cantik, kretip, malah bersih. And paling penting, water pressure memang power! Macam dalam gamba kat atas ni, tempat shower, atas tu open air, syok nye lah mandi sambil tengok langit yang berlatar belakang kan hutan. Tapi bila malam malam nak pegi toilet tu saya kena ajak suami, toilet ni luar bilik, pas tu macam sunyi pulak bila malam, hehe. Toilet seat dia sejuk oiii malam malam! haha

Kat sini, kami di beritahu ada beberapa unit villa sahaja, hanya 7 unit je, they all baru je bukak villa ni masa tu. So masa saya nak book villa ni saya tawakal je, sebab carik review memang takde time tu. Harap review kat agoda dgn trip advisor je. Alhamdulillah dua malam kat sini memang tidak mengecewakan.

Tips jimat, saya akan carik hotel/villa yang provide breakfast sekali. Tambah pulak kat Bali ni bukan senang nak carik kedai makan yang halal. Jadi, sebelum booking, tanya dulu pada pihak hotel, halal ke tak. Macam villa ni, dorang kata dorang memang takde serve pork. So tak payah pening pening nak fikir cari makan. 

Ok ni gambar breakfast saya untuk hari pertama di villa. View hutan, di iringi bunyi deruan sungai. syahdu nye lahai...



Saya order nasi goreng dengan telur mata, bersama jus betik dan secawan kopi. They all masak ikut apa kita order, takde buffet.

Tips jimat lagi, sometimes hotel atau villa di Bali ni ada provide free tour dan free airport transfer. So kena rajin check dan tengok. Macam saya dan suami, we both memang takmau pakai tour guide, kitorang nak honeymoon free and easy but at the same time explore Bali sehabis baik. Untuk villa ni, saya dapat free airport transfer, supir villa ni datang amik jemput kami masa touch down Denpasar and dapat pakej free tour ke Tegalalang, Kintamani, Kopi Luwak, Tanah Lot and Uluwatu. Dah jimat banyak kat situ, saya tak payah nak sewa supir atau hire tour guide lagi dah. Saya booked villa ni through Agoda.





view di DD UBUD VILLA, swimming pool peberet port mat saleh hehe

Sejuk je kan tengok? Saya pasti villa yang lain di Ubud ni mesti best best jugak. Tapi yang paling top kat Ubud, yang Hanging Gardens of Bali tu. Boleh try search and tengok price dia satu malam berapa ye, hehehe. 

Bawah ni gambar di front desk villa, cukup authentic bali ke tidakkk?




Ok ni gambar breakfast untuk hari kedua, before saya check out. Saya akan continue lagi review tentang Bali dalam part two dan seterus nya. 




view dan ambience dia tu sangat priceless! walau punnnnn, makan lempeng pisang sajorkkk! jus betik tuuu, dah tersuka pulak, order lagi hari kedua, hehe.

For more info boleh try google or pegi je kat website villa ni.






Smoothie Bowl ala Tropika

Resepi ni khas untuk mami mami yang sama ada surirumah mr. pilot (menjaga anak sepenuh masa) mahupun untuk mami mami yang berkerjaya. Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab resepi ni sangat mudah, jimat dan tak perlu pun bahan pelik pelik atau mahal mahal, dan paling penting, zassss! SIAP! dan SEDAP!

Saya faham dilema mami yang gigih menjaga badan and at the same time struggle menjaga anak. Kadang kadang tu sampai tak sempat fikir nak makan apa, tu yang jadi kes bedal je apa ada nya. haha kan? Mana tak nya, baru je nak ke dapur, anak dah melalak. Time dia nap tu lah kita nak kena compress buat semua benda. Mengemas, buat laundry, masak, mandi bagai. Mana lah ada masa nak kira kalori berapa banyak kita dah makan, ape lagi nak masak lauk 2-3 jenis, satu yang healthy, satu lagi yang biasa untuk suami dan anak. Heaaa tak kuasa!

Jadi, untuk sedapkan hati sendiri, kita start la dulu mana yang kita mampu. Bukan mudah kita nak disiplin kan habit makan kita. Nak kena skip nasi, lauk berminyak, berlemak dan berkolestrol.Yang lagi berlemak tu la lagi sedappp kan. hehe! Jadi langkah pertama, kita KURANG kan dulu pengambilan makanan yang di sebut sebentar tadi. Kita cuba kurang kan manis, kurang kan masin, kurang kan processed food, kurang kan fast food and kurang kan makan di luar.

So, untuk entry ni saya share resepi smoothie yang super senangggg! tapi, healthy. Dalam smoothie ni saya jadi kan OAT sebagai watak utama. Saya tau ramai yang tak suka makan oat, buat lah overnight ke, makan dengan horlicks ke milo ke, tetapppp susah nak maintain makan hari hari kan. Jadi untuk bagi lagi senang, kita blend je dia, so lagi cepat nak telan.


RESEPI SMOOTHIE TROPIKA

Oat - 3 atau 4 sudu besar (rendam dalam air panas - saya pakai oat yang instant tu)
Chia Seeds - 2 sudu kecil (rendam dalam air bagi kembang)
Buah Nenas - ikut suka nak banyak mana
Buah Mangga - terpulang nak berapa bijik (saya pakai sebijik)
Paste Kurma - sebagai agen pemanis yang natural
Limau nipis - setengah biji untuk di perah

bahan bahan smoothie yand di gunakan
Blend semua di atas. Saya tak campur air, saya pakai hand blender so tak perlu kan air. Bagi mami yang pakai blender biasa tu, try blend nenas dulu, bagi dia keluarkan juice dia, then boleh masuk kan bahan yang lain. Kalau nak campur air pun boleh, campur susu pun boleh. Terpulang pada citarasa masing masing.

Haasil nya! Instaworhty ke tidok? hahaha
Dah siapppp! So topping tu boleh pilih nak letak apa, saya letak kelapa kering, chia seeds, mangga, nenas dan dua ketul limau nipis tu. Sedap served sejuk sejuk. Bagi mami yang takde masa tu, potong lebih siap siap, lepas tu simpan buah yang lebih tu dalam freezer. Bila bila nak buat smoothie tu, terus je blend, lagi sedap tauuu!

Bila makan ni, fuhh feeling macam tepi pantai pulek, haha. Ada rasa masam masam, manis yang mild mild je, rasa lemak lemak kelapa, rasa zesty limau nipis yang buat kecur air liur, di tambah dengan rasa crunchy chia seeds tu. Sedappp wehh! Nak topping buah lain? Up to your creativity. Saya pakai apa yang ada di dapur je. Yang mana ada berries tu lagi sedap, avocado ke, granola, pumpkin seeds dan etc. 

Ok mami, selamat mencuba! Saya belanja lagi gambar bagi mami terliur hehehe XD


Teringat Nalu Bowl Bali 


Yummmss!!!

Oh ya! Untuk mami yang tertanya camane nak buat paste kurma tu, boleh tengok video kat bawah ni. Pes kurma ni bukan untuk baby je, untuk kita pun boleh tau. Pes kurma ni kita boleh alternate kan untuk gula. Tapi bagi yang prefer pakai stevia ke, brown sugar ke, equal ke, boleh je, takde masalah. So boleh tengok video kat bawah ni. Kalau nak share pun boleh, jangan lupa subscribe channel saya sekali k! 


Monday, 3 April 2017

Resepi Stok Ayam untuk Baby 8 bulan ke atas

Ok, bila masuk 8 bulan, mami dah boleh start introduce nasi dalam form bubur kepada baby. Takkan nak bagi bubur je kan, so kita bagi la ada rasa sikit kat bubur si comel kita tu by adding some chicken stock, serbuk ikan bilis ke, dan lain lain lagi. Tapi harus di ingat kan, tak semua baby sama, setiap baby ada reaction tersendiri kat setiap food yang baru mereka experience. So, mami mami semua, harus observe dulu, kalau ok, sila terus kan. Kalau tak, stop lah immediately. Faham ye? 

Jom tengok resepi stock ayam ni, ada yang panggil chicken broth, mana mana pun boleh, sama je kot? hehe. ok resepi asal ni di share dari sahabat baik saya, Mdm Erny. Dia ni pun salah satu reference saya selain google. 

Resepi copyright dari Mdm Erny, thank you love!

Resepi seperti di atas, atau, kalau nak tengok video pun ada di YouTube channel saya. Saya ada attach di bawah ni haa. Tapi saya ada tambah ingredient jugak. Terpulang ye mami, kita buat dia, bukan dia buat kita kan, hehe. Dalam kes ni, saya takde pressure cooker, jadi saya masak atas dapur gas sajorkk hehe. 4 jam jugak la tunggu, dia punya konsep ni, lagi lama lagi bagus! Biar sampai hancur isi isi ayam tu, so lagi better. 




So mami jangan lupa subscribe to my Youtube channel, juga share and like ok! :)

Till my next entri! 

Remember, We are all amazing moms! XD

AUTUMNZ Baby Food Processor dupe to BEABA Baby Cook Pro?

Hello Mommies! Adakah mami mami di luar sana sedang di dalam dilema apabila si comel anda sudah hampir mencecah 6 bulan? Bukan apa, dilema nak beli baby food processor apaaa untuk si comel kita tu. Even, saya percaya banyak lagi mami yang masih blur blur taktau where to start, what to prepare and tercari cari resepi puree bila si comel turning to 6 months nanti. I know, i feel you! hehe, been there and done that too! hehehe

So dalam entri ni, saya nak share pengalaman saya sendiri. Bercakap tentang baby food processor, saya percaya tentu semua mommies nak yang terbaik untuk si comel kita. BEABA Baby Cook Pro pasti menjadi idaman semua mommies termasuk lah saya sendiri.Tapiiiii, bila tengok kan harga nya, kena la kita ukur baju di badan sendiri. Macam kat bawah ni, ehsan dari Google, ni semua harga terbaru 2017.


Gambar dari Google

Jadi, setelah membuat kira kira (tak kira pun, tau dah memang tak mampu) hehe, saya pun meng-google lagi untuk baby food processor yang lain. Anddddd, saya ternampak AUTUMNZ 2-in-1 Baby Food Processor! Mempunyai kriteria yang quite similar to BEABA, yakni boleh stim dan blend di dalam satu food processor yang sama! Dan yang lagi happy, mesti la harga dia, hehe! Its below 200 mommiessss oiiiii! Jadi, saya terus mengambil keputusan untuk purchase Cik Autumnz. 

Dalam pada tu, saya google la jugak kot ada review yang lebih details tentang produk ni, sayang nya, tak ada. jadi saya rasa terpanggil untuk share kan dgn mami mami TUTORIAL menggunakan Autumnz ni. So mami boleh check it out kat Youtube channel saya, search je A-MOM-ZING ME, saya ada share kan juga teknik teknik cara nak pakai Autumnz tu dan juga at the same time sharing resepi puree. hehe!


Youtube Channel - A-MOM-ZING ME






Haa, boleh search ye Youtube Channel saya macam dalam gamba kat atas ni. Atau pun click je kat video atas ni. Ok, mami mami boleh leave your comments kat sini or kat youtube tu kalau ada soalan atau boleh jugak email saya di myamomzing@gmail.com  :)


InsyaAllah, will come out with another entri untuk perkongsian & manfaat kita bersama! Bye! XD